Thursday, November 26, 2009

Frequently ask questions


Frequently ask questions



Assalamualaikum semua,
Disini saya ada sertakan 7 soalan yang sering di kemukakan oleh mereka yang berminat nak jadi unit trust consultant. Di harap dengan jawapan dibawah dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak. Insyaallah dengan usaha yang bersungguh-sungguh, saya jamin anda akan berjaya seperti consultant unit trust yang lain.


Soalan 1: Perniagaan Amanah Saham dgn MLM ?


Business ini bukan macam MLM, Unit trust consultant jual financial servis, bukan jual barang. Kita promote financial product with common objective iaitu untuk menggandakan nilai wang simpanan client kita from minimum RM 1000 ke beribu-ribu ringgit.

Soalan 2: Konflik of Interest dengan Majikan Anda


Tidak dinafikan memang mengikut kod etika bagi sesetengah syarikat (especially bank), anda sememangnya melanggar syarat-syarat kod etika bekerja. Namun, jangan anda bimbang, anda (part timer) tidak perlu melakukan urusan kerjaya bisnes ini during working hours. Sebaliknya, cuba berurusan dengan client anda during lunch hour, after working hours atau pun weekends.

Soalan 3: Terikat dengan kerjaya full time


Untuk pengetahuan semua, kerjaya unit trust consultant tidak memerlukan anda memantau (monitor) aktiviti pelaburan sepanjang masa. Ini kerana segala aktiviti pelaburan telah dikendalikan oleh Pengurus Dana. Tugas anda hanyalah memprospek (membuat sales) dan provide after sales service.

After sales service bermaksud anda hanya perlu update client anda tentang nilai pelaburan semasa mereka, menasihati mereka tentang detik masa yang sesuai untuk menjual, membeli atau menukar (switching) dan provide value added service seperti menguruskan transaksi wang, menghantar borang permohonan on behalf of them dan etc.

After sales service tidak perlu 24 jam sehari. Mungkin anda boleh membuat sebulan sekali, 2 minggu sekali,seminggu sekali, terpulang dan ia tidak akan mengganggu kerjaya full time anda kerana flexibilitinya yang tinggi. Dalam erti kata lain, anda boleh buat urusan-urusan tersebut during lunch hour atau after working hour. Terpulang kepada anda untuk menguruskan masa anda.

Soalan 4: Tidak Mempunyai Ramai Kenalan


Terdapat 3 kategori prospek iaitu ahli-ahli keluarga anda, kenalan2 anda dan Cold Market (Org luar).Tidak sukar untuk anda memprospek kategori (1) dan (2) di atas. Namun bagi Kategori (3), pihak syarikatl menyediakan platform untuk anda mendekati golongan ini. Anda boleh menyertai “roadshow” atau “booth” yang di buka di Shopping complexes dan juga mana-mana tempat tumpuan orang ramai. Di situ, anda boleh cuba mendekati sesiapa sahaja dan insyaallah, dalam 10 org yang anda dekati, at least 3-4 org yang terbuka hati.

Katakan anda merupakan seorang pekerja yang perlu berurusan dengan sesiapa sahaja selain daripada orang ofis anda, nah…disini peluang anda lebih terbuka luas. Setiap org yang anda jumpa dan berurusan, minta business card dia dan follow up tentang unit trust investment scheme ini pula later.
Tidak kira la sesiapa sahaja yang anda berjumpa dan bersembang dengannya, minta daripada mereka sekurang-kurangnya 5 org kenalan mereka. Ulangi proses ini setiap kali anda jumpa somebody.,Dengan berbuat demikian, senarai target prospek anda tidak akan kosong.

Soalan 5: Kurang Pengetahuan dalam Bidang Kewangan/Unit Trust


Anda tidak semestinya perlu berkelulusan dalam bidang kewangan untuk menjadi unit trust consultant. Aspek pengetahuan dalam bidang amanah saham bukan masalah besar kerana pihak syarikat sentiasa bagi support by trainings, seminar, selling tools and etc. untuk para consultant mereka mempersiapkan diri berhadapan dengan prospeks.

Kos latihan ini adalah murah (purata RM 10) dan fasilitatornya adalah terdiri dpd fund managers, agensi managers dan mereka yang berpengalaman. Upline-upline anda juga akan always keep in touch dengan anda in order to assist anda kalau sekiranya anda memerlukan panduan.

Soalan 6: Benefit menjadi Agent


Comission direct Comission & Indirect Commision
Pada setiap masa anda boleh buat personal sales dan enjoy direct commission. At the same time kalau anda ada buat banyak recruitment, and downline anda aktif, anda akan dapat reward la kan. Indirect Comission pula lebih merupakan kepada year end bonus, equalized sales bonus, profit sharing and etc. yang mana cara pengiraannya berkadar secara langsung dengan total group sales kita.

Incentive
Free Overseas trip, Every year and fully sponsored by the company dan pihak syarikat juga ada beri subsidi untuk sesapa yang nak buat Chartered Financial Planner (CFP). Bagi new registered agents, sekiranya mereka closed sales RM 50K dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak syarikat, wang pendaftaran (RM 247.50) akan di refund balik

Benefit
Housing Loan, car loan, note book loan juga ada di beri dengan kadar subsidi yang menarik. Kita juga boleh buat cross selling products dengan menjual product Pihak Bank seperti housing loan, car loan, business load, credit cards, Insurans and etc. And of course ada separate komisennya jugak. Terdapat juga benefit2 lain seperti waive of service charge sekiranya agent sendiri nak make investment, free insurance coverage tetapi ia tertakluk kpd term and conditions Pihak Bank

Soalan 6: Bagaimana Unit Trust Agent Bole Survive/Jadi Kaya
Ini merupakan soalan yang mungkin paling popular bagi saya buat masa ini kerana sering di tanya ketika sesi interview. Menerusi “Career Benefit”, pihak syarikat berkongsi keuntungan dengan memberi imbuhan kepada agent-agentnya dalam bentuk bayaran bulanan. Bayaran bulanannya berkadar kepada jumlah akaun client yang anda uruskan sepanjang tempoh anda berkhidmat dengan syarikat.

Lebih lama anda dengan syarikat, maka lebih besar lah Career Benefit anda. Untuk pengetahuan anda, ada unit trust consultant menikmati pendapatan 4 hingga ke 5 angka sebulan melalui career benefit.
Rahsia kejayaan seorang unit trust consultant ialah merekrut downlines seramai yang mungkin. Ini kerana dengan mempunyai bilangan downline yang ramai, maka bertambahla komisen yang bakal anda dapat. Untuk mencari downline juga tidak susah kerana business unit trust merupakan business yang popular dan produk pelaburannya merupakan produk yang paling di percayai. Sebenarnya, bakal2 pelabur yang akan mencari anda.

Soalan 7: Bagaimana nak mendaftar & Yuran Pendaftaran?


Sebelum mendaftar, anda kena berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan berkelayakan at least SPM. Borang permohonan anda perlu di sertakan sekali dengan NRIC, Gambar 6 keping, ***** Bank Saving Account (kalau takde, anda kena buka akaun untuk kredit commission), dan juga wang pendaftaran RM 247.50.
Untuk pengetahuan anda, RM 247.50 ini akan di refund balik sekiranya anda dapat buat sales RM50 K dalam masa tempoh yang ditetapkan. Nak dapat RM50K tak susah, katakana anda ada 3 atau 4 kenalan (sesiapa sahaja) yang eligible untuk melabur pakai epf, anda dah boleh closed sales RM50K dalam masa 2 minggu ajer.

Sekiranya RM 247.50 membebankan anda, insyallah saya akan cuba tolong anda.

Selain itu, anda masih perlu ambil exam. Tapi jangan bimbang, pihak syarikat ada menyediakan kelas persediaan exam untuk anda. Nota dan latihan juga ada di bekalkan. Anda pasti success provided anda study.
Apa yang paling ingin saya tekan kan di sini,usaha adalah tangga kejayaan. Anda rugi sekiranya anda langsung tidak mencuba tetapi sekiranya anda gagal ketika mencuba, anda sebenarnya sedang melangkah ke arah kejayaan.

Wassalam.



0 Comments:

Post a Comment