Tuesday, January 26, 2010

DCA adalah singkatan bagi Dollar Cost Averaging. Gunanya untuk minimumkan kerugian if market down dan cepatkan proses keuntungan bila market dah mula naik. Penerangan saya simple je. Saya tunjukkan contoh mcm kat bawah:-

First Investment : RM50,000

Harga seunit : RM0.50 sen

Jumlah unit : 100,000 units (50,000 / 0.50)

Katakan lepas buat first investment seperti di atas, market jatuh sampai harga fund tu jadi 0.25 sen.  Ikutkan, dah rugi separuh tapi bila kita buat DCA , ia akan membantu mengurangkan kerugian dan mempercepatkan keuntungan bila maret naik. Jadi konsep DCA adalah dengan menambah pelaburan seperti di bawah:-

Second Investment : RM30,000

Harga seunit : RM0.25 sen

Jumlah unit : 120,000 units (30,000 / 0.25)

Katakan pelabur tu tambah RM30 ribu, jadi pengiraan Dollar Cost Averaging sprt berikut:-

Total investment / total units = DCA

Total Investment : RM80,000 (first investment + second investment)

Total units : 220,000 units (first investment units + second investment units)

DCA : 80,000 / 220,000 = 0.36 sen

Jadi purata harga belian pelabur adalah 0.36 sen. Jika para pelabur membiarkan sahaja pelaburan dan tidak membuat DCA, para pelabur perlu mengambil masa yang agak lama untuk invstment tersebut make profit semula. Kalau buat DCA, dengan 0.36 sen tu lagi cepat breakeven dari tunggu 0.25 sen nak ke 0.50 sen. Senang cerita kalau saya tanya, 0.36 sen lagi dekat ke 0.50 ke, 0.25 sen lagi dekat ke 0.50 sen? Haaa...dah tentu 0.36 sen kan. So that is the concept of DCA. Rasenya senang nak faham kan? Jadi apa kata kita mula dari sekarang....

Happy Investing....

Salams ~ Azie

Bijak Menabung: Fahami makna saham amanah


BEKAS juara tinju dunia, Muhammad Ali pernah berkata: Mereka yang takut mengambil risiko, tidak akan menempa kejayaan dalam hidup. Sememangnya hidup ini penuh dengan risiko, namun tidak ramai yang mengetahui bahawa ada risiko boleh diurus!

Risiko yang boleh diurus antaranya adalah pelaburan dalam saham amanah. Ramai yang membuat andaian saham amanah itu hanyalah saham amanah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti Amanah Saham Nasional (ASN) ataupun Amanah Saham Bumiputera (ASB). Tidak ramai yang mengetahui bahawa kebanyakan institusi perbankan di negara ini turut menawarkan saham amanah.

Saham amanah adalah antara alternatif pelaburan terbaik terutama apabila matlamat pelaburan adalah untuk kegunaan jangka masa sederhana (tiga ke lima tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun). Ini kerana saham amanah berisiko rendah yang diurus oleh pengurus dana professional, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan badan pemegang amanah seperti Amanah Raya Berhad dan industri ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

Risikonya menjadi tinggi apabila pelabur tidak mempunyai masa (kurang daripada tiga tahun) kerana secara umumnya kitaran pasaran saham (merudum dan meningkat) mengambil masa antara dua ke tiga tahun untuk pulih. Jika pelabur mempunyai tempoh berkenaan, pelaburan saham amanah ini tidak berisiko langsung!

Saham amanah bukanlah skim cepat kaya (yang diharamkan kerajaan), tetapi ia adalah satu pelaburan yang sah dari segi undang-undang dan mereka yang terbabit dalam bidang ini terutama perunding saham amanahnya perlu menduduki peperiksaan khas oleh badan induk industri ini, Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FUMTM) sebelum boleh menawarkan perkhidmatan ini.

Dana amanah ini dikumpulkan secara kelompok menerusi penggemblengan modal daripada individu ataupun syarikat ini, dilaburkan oleh pengurus dana dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk bon dan instrumen pasaran kewangan lain yang tidak mudah bagi individu kecil untuk menyertainya.

Saham amanah ini berbeza daripada pelaburan dalam pasaran saham biasa kerana dengan kadar minimum RM1000, individu boleh membuat pelaburan sedangkan jika mereka membuat pelaburan dalam pasaran saham biasa, individu berkenaan memerlukan modal yang agak besar bagi membeli saham di bursa saham.

Peluang pertumbuhan dalam saham amanah ini juga jauh lebih besar dengan purata pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun bergantung kepada jenis dana pelaburan dipilih. Jika disimpan dalam akaun simpanan biasa ataupun simpanan tetap pulangannya antara satu ke tiga peratus dan pulangan yang rendah ini mudah terhakis oleh kesan inflasi dan cukai.

Sebilangan jenis saham amanah, modal pelabur kekal terjamin yang terikat tempoh tertentu, manakala ada dana memberi pulangan berganda menerusi tiga cabang pulangan iaitu keuntungan atas modal, dividen dan juga bonus. Kelebihan dana amanah ini adalah ia mempunyai kecairan yang tinggi, yang mana pelaburan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa diperlukan.

Keupayaan mengeluarkan duit dalam tempoh lima hingga 10 hari waktu bekerja ini penting berbanding pelaburan saham di pasaran saham yang mana pembeli perlu menunggu harga dikehendaki baru boleh dijual.

Pelaburan saham amanah ini memang ada caj pengurusannya iaitu hingga 5.5 peratus, dan untuk pengetahuan semua, syarikat kami menawarkan caj pengurusan yang paling rendah di antara semua institusi pengurusan dana di Malaysia.

Jika ingin membuat pelaburan, sebenarnya mana-mana institusi pengurusan dana mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri dengan setiap dana itu mempunyai objektif pelaburan berbeza. Apapun jangan mudah terpedaya dengan laungan retorik ‘terbaik’ kerana berdasarkan analisis pelaburan, seperti pasaran saham setiap dana itu ada zaman turun-naiknya sendiri. Pelaburan dalam saham amanah itu perlukan kesabaran dan bukan bermatlamat untuk mendapat untung cepat.

Penting bagi pelabur untuk memahami apakah itu saham amanah dan mekanisme saham amanah itu sendiri. Sebelum membuat sebarang pelaburan, dapatkan maklumat lanjut terlebih dulu daripada perunding saham amanah bertauliah selain perkhidmatan sampingan lain yang ditawarkan. Pastinya anda tidak mahu pelaburan anda itu menyukarkan ahli keluarga membuat tuntutan tanpa penama pewaris dalam pelaburan. Justeru, buat pilihan bijak!

Salams ~ Azie

Salam semua... seperti yang dijanjikan, saya akan mula bercerita di blog saya mengenai pelaburan di unit trust atau amanah saham. Saya akan ceritakan sedikit demi sedikit supaya semua faham.  Kalau ada yang tak faham dan perlukan lebih maklumat lanjut boleh la hubungi saya atau email saya.  Well guys, happy investing...

Salams ~ Azie

Monday, January 18, 2010

BOP

Assalamualaikum semua... harap2 semua sihat dan ceria selalu... disini saya ingin menjemput semua yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai unit trust dan peluang-peluang yang ada boleh la datang ke BOP pada hari Rabu ini. Details as per below... dan kalau tak dapat datang rabu ni.. boleh datang rabu depan sebab kita buat setiap hari Rabu.... :)

Tarikh  : 20th Jan 2010
Masa   :  8 malam - 9 malam
Tempat :  Bangsar Branch

untuk maklumat lanjut and direction boleh la call saya di 019-3049375.

Salams ~ Azie

;;